Selamat datang Ramadhan yang penuh barakah....Pelajar-pelajar saya mesti risau nie nak study untuk trial. Tak per....study boleh study gak... puasa wajib. Malah waktu bulan puasa nie walaupun agak letih dan mengantuk tapi banyak masa boleh digunakan untuk study. Yang penting mahu atau tidak. Dalam bulan penuh berkat elok berdoa untuk kejayaan bukan sahaja exam khususnya malah yang lebih penting kejayaan akhirat.Aug 28, 2009
Marhaban......ya....Ramadhan
Selamat datang Ramadhan yang penuh barakah....Pelajar-pelajar saya mesti risau nie nak study untuk trial. Tak per....study boleh study gak... puasa wajib. Malah waktu bulan puasa nie walaupun agak letih dan mengantuk tapi banyak masa boleh digunakan untuk study. Yang penting mahu atau tidak. Dalam bulan penuh berkat elok berdoa untuk kejayaan bukan sahaja exam khususnya malah yang lebih penting kejayaan akhirat.Aug 24, 2009
Usaha dan Doa bawa kejayaan
Sebelum cuti.....sekolah mengedarkan jadual Peperiksaan Percubaan STPM. Nyatanya penjadualan tersebut memberi sedikit rasa gementar kepada para pelajar saya samada yang telah bersedia atau yang masih tercari cari buku apa nak study. Biasalah pengalaman saya dulu sendiri ketika mengambil peperiksaan awam samada SRP, SPM atau STPM mesti diundang rasa berdebar. Saya didatangi oleh pelajar seorang pelajar perempuan. Sibuk bertanya......"cikgu saya dah tak sempat nie. Saya nak baca yang mana. Banyak sangat" Sebagai guru saya faham akan kerisauan itu. Yang positifnya dia ada usaha nak mambaca. Dalam kelas keesokkan harinya saya cuba memberi pendedahan kepada pelajar berdasarkan bab-bab mengikut sukatan ekonomi STPM , bagaimana untuk membuat spot yang selamat. Ramai pelajar memfokus telalu minimum dan tidak selamat. Pelajar digalakkan membaca semua tetapi menekankan beberapa topik yang penting untuk menjawab dengan baik. Doa dan usaha tangga kejayaan
Jan 28, 2009

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam
Mengikuti Seminar Tingkatan Enam di IPDA mendedahkan saya kepada usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh pihak KPM untuk memberi nafas baru kepada pelajar tingkatan enam. Walaupun saya berada di salah sebuah sekolah kategori luar bandar dan nyatanya masih belum mendengar apa apa perkembangan terbaru kearah itu. Namun usaha positif ini seperti menyuntik semangat kepada anak anak didik saya.
Melihat mereka cuba berusaha mencari kehidupan sendiri menyuntik semangat kepada saya untuk lebih membantu, memberi dan membimbing mereka kearah itu. Nyatanya pelajar ini walaupun usia agak lebih dewasa dari pelajar lain di sekolah tetapi adalah seperti kanak-kanak yang amat dahagakan bimbingan tetapi amat sensitif.
Nov 30, 2008
Teman.......teman yang meninggalkan
Mmmmm............
Kelmarin dengan pelajar-pelajar tingkatan enam................
Wajah agak murung kerana 2 orang lagi teman mereka akan diterima masuk ke politeknik berdekatan.
Murung bila saya tunjukkan result akhir tahun yang kurang memberangsangkan.
Pelajar tingkatan enam sering dalam dilema samda meneruskan pelajaran di sekolah menengah biasa. Malah sekolah yang mana mereka berada hampir 5 tahun dari tingkatan satu. Jadi kurang glamour.......Rasa rendah diri bila masih disini sedangkan kawan kawan samada di kolej,poli , mana mana IPTS atau IPTA.
Saya cuma nasihatkan..............pedulikan mereka. Yang paling penting mereka perlu fikir matlamat mereka sendiri. Perlu berusaha membaiki diri sendiri kerana mungkin mereka tidak se bertuah teman lain. Tapi ganjaran untuk orang yang bersabar pasti datang...........selagi kita sanggup berusaha.

Subscribe to:
Posts (Atom)